Tak perlu ragu aspek keselamatan Menara Taming Sari

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 1 Mac – Pengunjung atau pelancong berminat menikmati pemandangan bandaraya dan Selat Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari, tidak perlu ragu-ragu terhadap aspek keselamatan ikon pelancongan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memastikan penyelenggaraan dijalankan mengikut jadual ditetapkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).

Nasrul berkata, selain melengkapkan menara berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan, kakitangan MTSB juga dilatih untuk berdepan sebarang situasi cemas.

“Pegawai yang mengendalikan kemudahan tarikan pelancongan ini juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Jadi jika berlaku kecemasan penumpang boleh diturunkan dengan selamat, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

“Juruteknik dilantik juga akan melakukan pemeriksaan harian iaitu sebelum memulakan operasi menara. Pemeriksaan pada kebiasaan mengambil masa selama satu jam, bagi memastikan peralatan atau komponen mekanikal dan elektrik dalam keadaan baik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, menara itu hanya akan dibenarkan untuk beroperasi dan membawa penumpang apabila disahkan selamat dan tidak ada sebarang masalah membabitkan semua aspek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

584
Kongsi :
Previous post Empat anggota polis didakwa terima suapan dari warga Bangladesh
Next post ‘Street art’ port selfie Sungai Melaka
Ubah saiz-+=