
Melaka FA tidak sertai Liga Super 2024, fokus pasukan pembangunan
AYER KEROH 7 Mac – Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) tidak menghantar pasukan untuk menyertai saingan Liga Super 2024.
Timbalan Presiden MAFA Datuk Mohd Saiful Mat Sapri memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tidak berjaya mencapai kata putus bersama sebuah kelab Liga Bolasepak Amatur (AFL) dalam siri perbincangan baru-baru ini.
Jelas beliau, hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dibincangkan.
“Setakat ini, MAFA akan menumpukan kepada pasukan-pasukan pembangunan negeri bagi penyertaan Piala Presiden, Piala Belia, Futsal dan Bola Sepak Wanita bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan-pasukan berkenaan.
“Pihak persatuan juga memutuskan untuk terus memberi tumpuan kepada struktur pentadbiran, kewangan dan penajaan bagi persiapan tahun-tahun mendatang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd Saiful, MAFA akan terus komited mengeratkan hubungan bersama kelab-kelab penyokong bola sepak Melaka yang disifatkan bagai aur dengan tebing.
“Diharap usaha ini mendapat sokongan dan mendoakan agar Melaka kembali bangkit mewarnai kancah bola sepak tanah air pada masa akan datang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
