
Dua gelang emas dicuri, peniaga rugi RM10,000
ALOR GAJAH 22 Ogos – Seorang peniaga barang kemas kerugian kira-kira RM10,000 selepas dua gelang emas seberat 29.26 gram (g) dicuri di kedainya di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu, Noor Akhmar Abu Bakar, 28, didatangi seorang wanita berusia antara 30 hingga 40an yang ingin melihat seutas gelang tangan.
Beliau berkata Noor Akhmar yang ketika itu ditemani ibunya menyerahkan seutas gelang kepada wanita itu sebelum suspek meminta seutas lagi.
“Selepas menerima dua utas gelang tangan itu, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri menuju ke sebuah kereta jenis Toyota Yaris yang diletakkan di hadapan kedai emas tersebut.
“Terdapat seorang lelaki yang bertindak sebagai pemandu telah menunggu di dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek bagaimanapun tidak menggunakan kekerasan terhadap mangsa dan siasatan awal menemukan empat cap jari di lokasi kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
