
PEKERJA PEMBINAAN RUGI LEBIH RM123,000 TERPEDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD
JOHOR BAHRU 27 Ogos – Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 36 tahun itu menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan pulangan 88 peratus.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah memuat turun aplikasi ‘BitBest’ serta mendaftar dan mengisi maklumat peribadi sebelum melakukan sembilan transaksi pembayaran ke lima akaun berbeza pada 1 Ogos hingga Khamis lepas.
“Mangsa cuba menuntut keuntungan seperti dijanjikan dalam tempoh itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan malah mengarahkan dia membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Sabtu lepas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
