
‘PANTAI MERIAH, LAUT PUN MERIAH’
TANJUNG BIDARA 14 September – Perarakan kira-kira 60 sampan berhias bakal mencuri tumpuan orang ramai yang berada sekitar Pantai Tanjung Bidara, esok.
Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Ahmad Warid Ismail berkata, perarakan sampann adalah antara acara menarik disusun sepanjang tiga hari Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024, berlangsung.
“Bagi perarakan sampan berhias ini kita mendapat penyertaan daripada nelayan tempatan dan kira-kira 60 sampan akan mengambil bahagian.
“Bertemakan Hari Kebangsaan, setiap sampan ini akan dihias mengikut kreativiti peserta dan sampan-sampan ini akan berarakak di perairan Pantai Tanjung Bidara,” katanya kepada Melaka Hari Ini..
Katanya, setakat petang semalam, pihak penganjur menerima sejumlah 800 penyertaan membabitkan aktiviti sukan serta acara yang dipertandingkan pada hari ini dan esok.
“Acara di pantai kita sudah menerima kira-kira 800 penyertaan namun begitu penyertaan masih lagi dibuka kepada yang ingin bersama-sama memeriahkan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024.
“Kita bukan sahaja amat mengalu-alukan penyertaan untuk aktiviti sukan pantai malah mempelawa kepada semua rakyat Melaka untuk datang memeriahkan penganjuran ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR LAMBANG KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
GADEK 15 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) disifatkan sebagai manifestasi kasih sayang Kerajaan Negeri kepada rakyat secara...
MURAL TUAH–JEBAT SEMAI SEMANGAT WARISAN GENERASI MUDA
GADEK 15 April – Usaha mengangkat sejarah dan jati diri bangsa perlu bermula sejak di bangku sekolah agar generasi muda...
PROMOSI APRIL LEBIH BERBALOI DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 15 April – Bermula 17 hingga 19 April ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi...
MELAKA SEDIA BANTU USAHAWAN BERKEMBANG DENGAN TEKNOLOGI BAHARU
GADEK 15 April - Kerajaan Negeri sedia membantu usahawan tempatan khususnya dalam sektor pertanian untuk mengembangkan penggunaan teknologi baharu sekali...
TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026
PENGKALAN BATU 15 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program...
RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
GADEK 15 April - Hanya rasa syukur dapat dizahirkan Asenah Baba, 85, apabila rumah pusaka lebih seabad yang didiaminya kini...
