
MELAKA LANJUTKAN INISIATIF PARKIR PERCUMA SEMINGGU LAGI
AYER KEROH 20 September – Inisiatif Parkir Percuma di Melaka dilanjutkan seminggu lagi, umum Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Inisiatif itu diumumkan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka September 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelanjutan itu bermula hari ini sehingga Jumaat depan (27 September).
Tawaran itu membabitkan kesemua 34,764 petak parkir di empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka.
Ia merangkumi 14,876 petak parkir di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); 5,000 petak parkir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG); 3,500 petak parkir Majlis Perbandaran Jasin (MPJ); dan 11,388 petak parkir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Sebelum ini, Ketua Menteri mengumumkan Inisiatif Khas Parkir Percuma kepada pelancong dan pengunjung di negeri ini bermula 14 hingga 20 September.
Ia bersempena sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul, selain memacu pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
KARNIVAL CIMIC: 19 AKTIVITI MENARIK MENANTI, DARI KAPAL PERANG HINGGA AKSI KOMANDO
BANDARAYA MELAKA 22 Ogos - Sebanyak 19 aktiviti menarik disediakan menerusi Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation - CIMIC) bagi memberi...
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
