
PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH RAKAN SEKERJA
Wan Shahrizan Wan Kadir, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Wan Shahrizan didakwa membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir, 43, di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah di Sabak Bernam dekat sini antara 2.30 pagi sehingga 4 pagi, pada 15 Sept lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 13 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan mahkamah menetapkan 4 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.
Semalam, media melaporkan masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam pada 16 Sept lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:

Berita Lain
100 HARI HAMEED: BAS AWAM DISUSUN SEMULA, KESESAKAN LEBUH AMJ DAN SPA DITELITI
SERI NEGERI 25 November - Penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam dan usaha menangani kesesakan lalu lintas menjadi antara agenda utama dalam...
BELIA BUKAN SEKADAR SUKAN, NADARAJAH TUMPU KERJAYA DAN PERUMAHAN
SERI NEGERI 25 November - Agenda pemerkasaan belia tidak seharusnya terhad kepada aktiviti kesukanan semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi keperluan kehidupan...
ANAK PERTAMA LAHIR 2027 LAYAK TERIMA SSPN RM100 – DIRA
SERI NEGERI 25 November - Pasangan muda di Melaka bakal menikmati manfaat sumbangan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan...
ADUAN RAKYAT TERUS JADI FOKUS, JELAJAH MELAKA SAYANG RAKYAT BERMULA DISEMBER
SERI NEGERI 26 November – Kerajaan Negeri terus mempergiat pendekatan turun padang menerusi penganjuran Jelajah Melaka Sayang Rakyat melibatkan enam...
MAIM SALUR LEBIH RM440,000 UNTUK PERSIAPAN SEKOLAH ANAK ASNAF JASIN
BEMBAN 25 November - Seramai 1,261 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf di Parlimen Jasin menerima manfaat sumbangan persediaan persekolahan...
CSR SAMBIL KENALI HIDUPAN LIAR, ZOO MELAKA SEDIA PLATFORM
AYER KEROH 25 November - Zoo Melaka membuka peluang lebih luas kepada badan korporat, syarikat swasta dan individu untuk menganjurkan...

