ANAK PERTAMA LAHIR 2027 LAYAK TERIMA SSPN RM100 – DIRA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 25 November – Pasangan muda di Melaka bakal menikmati manfaat sumbangan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak RM100 bagi anak pertama yang dilahirkan mulai 1 Januari 2027.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, peningkatan sumbangan secara sekali bayar (one-off) itu dikhususkan kepada anak pertama bagi setiap keluarga sebagai inisiatif membantu pasangan muda membuat persediaan kewangan.

Menurutnya, sumbangan berkenaan akan diberikan kepada bayi yang lahir bermula tahun hadapan sebagai permulaan tabungan pendidikan mereka.

“Kalau dulu kita beri sumbangan melalui SSPN sebanyak RM50 untuk setiap bayi, tetapi kali ini Kerajaan Negeri meningkatkan kepada RM100 setiap bayi.

“Apabila anak lahir, ibu bapa boleh maklumkan kepada kita dan akaun SSPN akan dibuka dengan tajaan awal RM100,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di pejabatnya di Seri Negeri.

Dalam perkembangan sama, Khaidhirah turut memperkasakan bantuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) menerusi pendekatan berdasarkan kes (case-by-case) bagi membantu golongan itu menjana pendapatan.

“Antara usaha dilaksanakan ialah menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek di peringkat kampung dengan bayaran sekurang-kurangnya RM300 kepada KIR yang melaksanakan tugasan seperti membersihkan masjid, balai raya dan tanah perkuburan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

236
Kongsi :
Previous post ADUAN RAKYAT TERUS JADI FOKUS, JELAJAH MELAKA SAYANG RAKYAT BERMULA DISEMBER