
MELAKA JADI HAB HELIKOPTER PADA 2025
SERI NEGERI 30 Disember – Kerajaan Negeri berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perbincangan bagi menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebagai hab helikopter.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, perbincangan bersama syarikat dari luar negara itu bakal menjadikan negeri ini pusat dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) untuk helikopter.
Menurut beliau, perbincangan tersebut diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan jika dimuktamadkan, perancangan itu dijangka akan mula direalisasikan pada 2025.
“Menerusi perbincangan ini, Melaka akan menjadi pusat MRO untuk pesawat-pesawat kecil dan helikopter, selain ia juga membolehkan lokasi perkhidmatan helikopter untuk orang ramai yang berminat.
“Sebelum ini, memang sudah ada perkhidmatan sama di Lapangan Terbang Subang, namun LTAM akan menjadi pusat untuk rakan-rakan serantau di selatan Malaysia dan timur Indonesia untuk menggunakan khidmat hab helikopter yang akan kita cuba laksanakan pada 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMBAHAN BANTUAN STR, SARA BERI IMPAK BESAR BUAT RAKYAT
AYER KEROH 12 Oktober - Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu rakyat untuk...
BELANJAWAN 2027: USAHA MELAKA PERKASA TVET DAPAT PERHATIAN DAN PENGIKTIRAFAN
AYER KEROH 12 Oktober - Pemilihan Melaka sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence...
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA TUTUP ESOK
AYER KEROH 12 Oktober - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di...
KESIHATAN MENTAL REMAJA: KENALI TANDA, BERIKAN SOKONGAN AWAL
AYER KEROH 12 Oktober - Kira-kira satu daripada 10 remaja bersekolah berusia 13 hingga 17 tahun melaporkan pernah membuat rancangan...
