
MELAKA JADI HAB HELIKOPTER PADA 2025
SERI NEGERI 30 Disember – Kerajaan Negeri berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perbincangan bagi menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebagai hab helikopter.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, perbincangan bersama syarikat dari luar negara itu bakal menjadikan negeri ini pusat dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) untuk helikopter.
Menurut beliau, perbincangan tersebut diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan jika dimuktamadkan, perancangan itu dijangka akan mula direalisasikan pada 2025.
“Menerusi perbincangan ini, Melaka akan menjadi pusat MRO untuk pesawat-pesawat kecil dan helikopter, selain ia juga membolehkan lokasi perkhidmatan helikopter untuk orang ramai yang berminat.
“Sebelum ini, memang sudah ada perkhidmatan sama di Lapangan Terbang Subang, namun LTAM akan menjadi pusat untuk rakan-rakan serantau di selatan Malaysia dan timur Indonesia untuk menggunakan khidmat hab helikopter yang akan kita cuba laksanakan pada 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
20,700 SAMBUT AIDILFITRI DENGAN MELAKA RIVER CRUISE
DUYONG 3 April - Melaka River Cruise terus menjadi pilihan pengunjung apabila merekodkan kehadiran 20,700 pengunjung dalam tempoh dua minggu...
MELAKA SASAR TAMBAH MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 3 April - Kerajaan Negeri menyasarkan penambahan beberapa lagi menara telekomunikasi baharu sepanjang 2026 dalam usaha berterusan untuk...
KUTIPAN ZAKAT MELAKA MELONJAK, KEKAL SIFAR MISKIN TEGAR – KM
AYER KEROH 3 April - Prestasi kutipan zakat Melaka menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencecah RM415 juta dalam tempoh tiga tahun....
BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN IRINGI 3 TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
AYER KEROH 2 April - Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran antara pengisian disusun sempena tiga tahun kepimpinan Datuk Seri...
34 PROJEK PR1MA DIKATEGORIKAN ‘SAKIT’ SIAP SEPENUHNYA
KLEBANG 2 April - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum...
LEBIH 21,000 RUMAH MAMPU MILIK SUDAH DIBINA DI MELAKA
KLEBANG 2 April - Lebih 21,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah siap dibina di seluruh Melaka sehingga Mac 2026...
