
UTEM TERIMA ANUGERAH PEMBAYARAN ZAKAT TERTINGGI KATEGORI IPTA
AYER KEROH 1 Januari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima Anugerah Majikan Zakat Melaka 2023 bagi Kategori Pengajian Tinggi Awam sebagai pembayar zakat tertinggi Negeri Melaka.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Anugerah Majikan Zakat Melaka Tahun 2023 di sebuah hotel, baru-baru ini.
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, bagi tahun 2023 warga UTeM telah menyumbang sebanyak RM1.58 juta kutipan wang zakat.
Menurut beliau, UTeM sebagai salah sebuah IPTA di Melaka yang turut sama melaksanakan bayaran zakat menerusi potongan gaji bulanan.
“Usaha ini menzahirkan komitmen kakitangan UTeM dalam menunaikan kewajipan sebagai pembayar zakat seterusnya membantu Negeri Melaka dalam meningkatkan pungutan zakat.
“Langkah ini juga memberi faedah dalam usaha pembangunan asnaf seiring aspirasi Negeri Melaka ke arah mewujudkan masyarakat inklusif, makmur dan sejahtera,” katanya menerusi satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
