
PEMANDU LORI DISYAKI CURI KAYU BAKAU DICEKUP
Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada 6.30 petang semalam, bersama lori membawa muatan kayu bakau disyaki diperoleh secara tidak sah dari hutan paya berkenaan, hasil maklumat orang awam.
“Pemeriksaan terhadap lori menemukan 145 kayu bakau dianggarkan bernilai RM2,500 hingga RM3,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek diserahkan kepada Jabatan Perhutanan negeri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 kerana mencuri hasil hutan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan bagi mengesan dalang utama kegiatan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
