
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, mangsa yang maut adalah lelaki berusia 47 tahun dipercayai penumpang hadapan van berkenaan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Muhammad Nor Fawzal Samsunahar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.09 petang dan menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian didapati van jenis Hiace itu telah terbabas merempuh besi penghadang di jejambat Lebuhraya Utara Selatan Jalan Seri Pengkalan.
“Terdapat dua mangsa terlibat iaitu lelaki berusia 32 tahun yang cedera dan lelaki 47 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Beliau memaklumkan, operasi tamat pada jam 6.47 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AYAM RM5 LICIN DALAM SEJAM
MERLIMAU 15 Mac - Tawaran ayam segar dengan harga serendah RM5 seekor di Pasar Tani Merlimau laris apabila sebanyak 3,000...
KETUA MENTERI SANTUNI 100 ASNAF DI KAMPUNG BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar di riak wajah 100 asnaf di Kampung Balik Batu...
HADIAH UNTUK ORANG MASJID TANAH 19 MAC INI
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Sempena tiga tahun mentadbir negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bakal memberikan...
‘HARI INI SAYA BUKAN KETUA MENTERI, SAYA DAK RAOP ANAK JATI MASJID TANAH’
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Bukan komited memajukan negeri, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga membuktikan...
GULAI KAWAH ‘SPECIAL’ AIR TANGAN TOK RAUF UNTUK ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Warga Tanjung Bidara cukup bertuah pada penghujung Ramadan ini apabila diberikan 'buah tangan' istimewa daripada...
RM4 JUTA NAIK TARAF DATARAN RIVERSIDE SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 15 Mac - Dataran Riverside Sungai Rambai bakal dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi menjadikannya sebagai...
