
BULATAN MITC DIBERI ‘SENTUHAN’ BAHARU
AYER KEROH 26 Mac – Bulatan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, bakal berwajah baharu menerusi pelaksanaan kerja-kerja landskap dan pembersihan yang kini sedang dijalankan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, kerja-kerja naik taraf itu adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Kebangsaan dijadualkan pada 5 April depan.
“Bagi menceriakan lagi suasana sekitar dan menaikkan ‘mood’ raya kami turut memasang lampu warna-warni sepanjang pintu masuk serta laluan utama dalam kawasan pentadbiran MPHTJ,” katanya.
Sapiah berkata, sebagai persiapan sebelum berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Kebangsaan yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kabinet lain, aspek kebersihan juga diberi fokus.
“Kerja pembersihan sedang giat dijalankan, sementara itu bagi premis persendirian kami turut meminta pemilik untuk bersama-sama membersihkan kawasan mereka
“Bagi memastikan sambutan rumah terbuka kebangsaan ini berjalan lancar, kami di MPHTJ akan memulakan gerak kerja pada hari raya kedua, insya-Allah program ini berjalan lancar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
