
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April – Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran Tarcor Park, di sini, pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mazlan Misran berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.54 pagi dan menggerakkan sembilan anggota ke lokasi.
Katanya, jentera tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian dan bertindak memadamkan kebakaran.
“Pasukan bomba mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula tangki jentera.
“Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 10.25 pagi,” katanya.
Beliau berkata, kereta tersebut terbakar 70 peratus, namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Menurutnya, operasi tamat pada jam 11.01 pagi setelah api dipadam sepenuhnya dan memastikan tiada risiko bahaya di lokasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
