Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE JADI TUMPUAN DI SINGAPURA

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Mei – Produk pelancongan ikonik, Melaka River Cruise (MRC) menjadi tumpuan negara luar pada Travel Malaysia Fair yang berlangsung di Singapura dari 2 hingga 4 Mei.

Ketua Pegawai EKsekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Shaharul Azuar Idris berkata menerusi pameran pelancongan itu, pihaknya menerima reaksi positif daripada pelancong dan media tempatan.

Katanya, pengunjung singgah ke reruai Tourism Melaka menyatakan menyatakan hasrat untuk berkunjung ke Melaka dan merasai sendiri pengalaman menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki MRC.

“MRC mencuri tumpuan media tempatan di Singapura, malah media negara itu turut membuat naik laporan berita mengenai keunikan, keistimewaan dan pelbagai diskaun yang ditawarkan kepada pengunjung singgah ke pameran pelancongan itu.

“PPSPM menawarkan diskaun promosi eksklusif untuk tiket MRC sepanjang Travel Malaysia Fair ini bagi menggalakkan lebih ramai pelancong dari Singapura merancang lawatan mereka.

“Kita juga ambil peluang untuk memperkenalkan beberapa produk pelancongan seperti Eco Cruise Sungai Linggi, pengalaman Premium Cruise untuk pelayaran sungai yang lebih mewah serta Restoran Kapal Mendam Berahi, iaitu pengalaman menjamu selera yang unik di restoran berbentuk kapal dengan harga berbaloi serta diskaun yang hebat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata pihaknya turut memaklumkan kepada pengunjung dan media tempatan Singapura mengenai Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) yang bakal berlangsung di Melaka September ini.

“Penyertaan PPSPM pada pameran terbabit bertujuan untuk mengumpul maklum balas yang berharga, berhubung dengan pemain industri pelancongan lain, serta mewujudkan peluang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada ekosistem pelancongan Melaka secara menyeluruh.

“Kita harapkan lebih ramai pelancong dari Singapura memilih Melaka dan memilih MRC pada Tahun Melawat Melaka yang dilanjutkan sehingga tahun hadapan,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA JADI LOKASI PILIHAN JUALAN LARUT MALAM
Next post DATARAN LUBOK CHINA BAKAL JADI MERCU TANDA BAHARU DUN AYER LIMAU