
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025
AYER KEROH 15 Mei – Sebanyak 13 lokasi penganjuran aktiviti menarik disediakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Melaka pada 17 dan 18 Mei ini.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata sambutan tersebut akan diadakan di Taman Rekreasi Bukit Serindit.
Katanya, lokasi berkenaan menawarkan pelbagai aktiviti seperti seni, sukan, teknologi, keusahawanan, warisan dan kerjaya untuk diteroka oleh pengunjung yang hadir.
“Lokasi ini melihatkan aktiviti pameran dan jualan; autoshow dan motorshow; fun run dan neon walk; konsert Hari Belia Negara; Fitnessthon; Pertandingan Penalti Shoot Out; Persembahan Buskers dan Yoyo Cina; Jualan Rahmah; Konvoi Santai; Janji Sampai; Pameran Kerjaya dan TVET; E-Sukan dan board game; ruang inovasi dan teknologi belia.
“Pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif, pertandingan sukan, persembahan seni serta mendapatkan maklumat peluang khas kerjaya menerusi pameran khas sepanjang dua hari sambutan tersebut berlangsung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shanmugam berharap orang ramai khususnya belia hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan itu dan menyertai aktiviti yang disusun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.