
JURUTEKNIK MAUT SELEPAS VAN DIPANDU BERLANGGAR DENGAN TRELER
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata Muhammad Aliff Fakrullah, 21, dari Kampung Paman, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kemalangan pada 8.08 malam itu.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa van yang dipandu Muhammad Alif dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kemaman cuba memotong sebuah kenderaan lain, apabila ia berlanggar dengan sebuah treler dari arah bertentangan.
“Pelanggaran menyebabkan van remuk dan pemandu tersepit di tempat duduknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Maizura berkata mayat dikeluarkan pasukan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENCAPAIAN ATLET BUKTI PEMBANGUNAN SUKAN MELAKA BERJAYA
SERI NEGERI 24 Ogos - Kerajaan Negeri terus memperkasa pembangunan belia dan sukan sebagai platform melahirkan generasi muda yang berdaya...
INISIATIF PERKASA KETERJAMINAN MAKANAN MELAKA DAPAT PERHATIAN TUN DR. MOHD ALI
SERI NEGERI 24 Ogos - Inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan aspek keterjaminan makanan di Melaka mendapat perhatian Yang...
TUN DR. MOHD ALI PUJI PENTADBIRAN AB RAUF, LAKSANA INISIATIF DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mengucapkan tahniah kepada barisan...
ZIANA ZAIN DIANUGERAH GELARAN DATUK, 1,328 TERIMA DARJAH KEBESARAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengetuai senarai 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat...
INTERNET MUDAH ALIH MELAKA CAPAI 100 PERATUS
SERI NEGERI 24 Ogos - Capaian internet mudah alih di kawasan berpenduduk di Melaka kini mencapai 100 peratus, membuktikan kesediaan...
MAIM PASTIKAN KUTIPAN ZAKAT SAMPAI KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER LIMAU 24 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memastikan hasil kutipan zakat disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi...
