Sorting by

×

NAIK TARAF BULATAN TOL SIMPANG AMPAT-LEBUH AMJ DIJANGKA BERMULA HUJUNG TAHUN INI

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 21 Julai – Projek menaik taraf jalan dari Bulatan Tol Simpang Ampat ke Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Alor Gajah dijangka bakal bermula hujung tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek berkenaan telah diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kos berjumlah RM30 juta di dalam Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) membabitkan beberapa skop kerja bagi menambah baik penyuraian trafik di kawasan itu.

Jelas beliau, antara skop kerja yang terlibat adalah pelebaran jalan dari satu lorong kepada dua lorong, pengukuhan cerun, pembinaan perparitan, pengambilan tanah, pengalihan utiliti dan lain-lain kerja berkaitan.

“Status semasa projek adalah di peringkat akhir reka bentuk terperinci. Urusan pengambilan tanah di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dijangka dikemukakan pada awal Ogos 2025.

“Manakala, pelaksanaan iklan tender dijangka pada pertengahan Ogos 2025 dan lantikan kontraktor dijangka pada Disember 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) pada Persidangan Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di Seri Negeri, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post PELABUHAN DARAT MELAKA, HAB LOGISTIK SELAMAT DAN MAMPAN
Next post INSIDEN BAYI LEMAS, KERAJAAN NEGERI TELITI SEMULA GARIS PANDUAN BEDUNG BAYI DI TASKA