Sorting by

×

DUA CEDERA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DI JALAN BACHANG

Masa Membaca:55 Saat

TANGGA BATU 21 Julai – Dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur selepas terkena renjatan elektrik dalam satu insiden letupan di sebuah stesen pencawang syarikat utiliti itu berhampiran Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang di sini pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Kanan I, Mohd Ismail Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.38 pagi berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba dalam masa lima minit kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran sudah padam sepenuhnya dan kedua-dua mangsa telah pun dibawa ke hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan bomba.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa lelaki, masing-masing berusia lingkungan 30-an dilaporkan mengalami kecederaan akibat melecur selepas terkena renjatan semasa menjalankan kerja penyelenggaraan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata operasi tamat pada jam 10.52 pagi selepas pihaknya memastikan tiada unsur kemerbahayaan lain di lokasi kejadian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1584
Kongsi :
Previous post TAMAN LARANGAN PERKUKUH WARISAN KOTA MELAKA
Next post PELABUHAN DARAT KATALIS EKONOMI BAHARU MELAKA