Sorting by

×

MELAKA MALL MERIAH DENGAN PELBAGAI PROMOSI JUALAN BESAR-BESARAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 26 Julai – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyambut baik usaha peniaga-peniaga di Melaka Mall yang menawarkan promosi besar-besar bagi menghidupkan kembali suasana perniagaan di pusat beli-belah itu.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, antara yang membuat promosi jualan besar-besaran adalah sebuah kedaiperalatan sukan bermula semalam sehingga 3 Ogos depan.

Katanya, promosi seumpama itu bukan sahaja menarik kehadiran orang ramai, malah turut membuka peluang kepada peniaga lain yang ingin menjalankan jualan murah atau ‘clearance sale’.

“Seperti yang kita maklum, beberapa unit kedai dalam Melaka Mall telah lama tidak berpenghuni. Alhamdulillah, dengan penyertaan sebuah kedai yang menjual peralatan sukan ini, kita yakin lebih ramai pengunjung akan datang ke sini,” katanya.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata Melaka Mall memiliki beberapa lot di pelbagai aras termasuk ruangan promosi di aras bawah (basement) yang kini telah penuh dengan penyewa yang mengambil ruang untuk tempoh tiga bulan, enam bulan atau setahun.

“Tingkat satu pula, kita sediakan ruang pejabat serta ruang perniagaan yang lebih luas untuk para penyewa berniaga. Alhamdulillah, hampir semua ruang di bawah pengurusan MPHTJ telah pun diisi sepenuhnya. Kita juga kini sedang mengenal pasti lebih ramai peniaga baharu untuk mengisi kekosongan yang ada.

“Setakat ini ada beberapa peniaga yang telah menyatakan persetujuan untuk masuk, namun kita akan umumkan secara rasmi selepas mereka mula beroperasi bagi mengelak sebarang perubahan saat akhir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1469
Kongsi :
Previous post BINA EKOSISTEM PERTANIAN INKLUSIF, LESTARI DAN MENJAMIN KETERJAMINAN MAKANAN NEGERI
Next post 11 LOT TANAH PERSENDIRIAN TERLIBAT PROJEK ‘ROCK REVETMENT’ PANTAI SIRING