Sorting by

×

MELAKA MAHU JADI NEGERI CONTOH DASAR HIJAU

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

PANTAI KUNDOR 4 Ogos – Melaka meletakkan sasaran untuk dikenali sebagai ‘Green Champion State’, iaitu negeri contoh dari segi dasar hijau, pelaburan mampan dan inovasi lestari.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia seiring dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) dan dasar pembangunan Negeri Melaka yang mahu memastikan ekonomi dan alam sekitar tidak bersaing, tetapi saling melengkapi.

“Ukuran sebenar kemajuan bukan sekadar pada angka pelaburan, tetapi keupayaan kita mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan rakyat.

“Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri akan terus menyokong pelaburan hijau melalui insentif mesra pelabur, pembangunan tenaga kerja berkemahiran, tadbir urus cekap serta ekosistem perniagaan yang telus.

“Kita tidak mahu Melaka sekadar menjadi penyumbang kecil dalam agenda global. Kita mahu Melaka dikenali sebagai ‘Green Champion State’, negeri contoh dari segi dasar hijau, pelaburan mampan dan inovasi lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Green Sustainable Biomass Hub di Zon Perindustrian Bebas, Tanjung Kling, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Penasihat Khas Pelaburan Dan Hal Ehwal Negara China Kepada Ketua Menteri Datuk Wira Lim Ban Hong; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi@Mohd Hasim; Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan lain-lain kenamaan.

Ketua Menteri berkata, kewujudan ‘Green Sustainable Biomass Hub’ di Zon Perindustrian Bebas Tanjung Kling adalah sebahagian daripada ekosistem ‘Blue Economy’ yang sedang dibangunkan Kerajaan Negeri mengikut kerangka PSMJ 2025.

Jelas beliau, ia menggabungkan pelaburan maritim, perdagangan makanan asas dan teknologi lestari demi manfaat jangka panjang rakyat Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post MELAKA HAB BIOJISIM, BAKAL PENERAJU EKONOMI HIJAU PROGRESIF
Next post KAYU GAHARU, KAYU KARAS LEBIH RM100 JUTA DIRAMPAS