Sorting by

×

BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH ANAK ASNAF MUALAF DIBUKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 September – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited menjaga kebajikan asnaf apabila membuka permohonan bagi Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Mualaf.

Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, permohonan itu disediakan bagi memastikan golongan asnaf mualaf khususnya dapat membuat persediaan untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan 2026.

“Permohonan bantuan sudah dibuka dan mereka yang layak boleh membuat permohonan sehingga 3 November 2025, namun begitu untuk penerima bantuan bulanan mereka tidak perlu membuat permohonan.

“Antara syarat ditetapkan adalah anak pemohon mestilah anak asnaf memeluk Islam dan menetap di Melaka, bersekolah antara Tahun satu hingga tingkatan lima serta anak bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Keputusan permohonan dibuat berdasarkan Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan MAIM selain pengagihan akan dibuat bermula 1 hingga 31 Disember 2025,” katanya.

Menurut Shaifulfazlee, bantuan ini merupakan sebahagian inisiatif berterusan MAIM bagi memastikan kebajikan mualaf terutamanya tidak terpinggir.

“Sehingga kini seramai 149 mualaf sudah membuat permohonan dalam talian membabitkan bilangan anak sekolah 299 orang.

“Manakala mengikut rekod bagi penerima bantuan bulanan kita mempunyai 287 orang membabitkan bilangan anak seramai 545 orang, kesemua mereka ini secara automatik layak menerima bantuan,” katanya.

Jelasnya, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi talian 06-3372873.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post 569 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM DITUGASKAN PADA AMMTC
Next post TUKANG JAHIT RUGI RM103,000 DIPERDAYA ‘BOMOH SCAMMER’