Sorting by

×

MELAKA BUKAN ‘KALENG-KALENG’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 September – Pemilihan Melaka sebagai lokasi peluncuran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 dianggap sebagai satu penghargaan buat negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, majlis peluncuran berlangsung serentak dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) itu juga secara tidak langsung mengangkat Melaka sebagai sebuah destinasi percutian utama di negara ini.

Katanya, lebih istimewa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir untuk menyempurnakan peluncuran majlis berkenaan di Encore Melaka, Klebang, Sabtu ini.

“Majlis peluncuran itu dimeriahkan dengan persembahan 1,000 dron berlampu yang membentuk formasi (imej) destinasi ikonik Malaysia, pertunjukan bunga api dan tarian zapin yang dijayakan lebih 3,000 penari.

“Kepada orang Melaka khususnya, datang beramai-ramai, bersama-sama kita saksikan kemerihan majlis itu nanti. Bagi kemudahan pengunjung, pihak penganjur turut menyediakan bas perantara dari kawasan parkir berpusat ke tapak majlis,” kata Ketua Menteri pada sidang media selepas bersiaran secara langsung di konti Melaka FM, Slot Bicara Ketua Menteri, di sini, hari ini.

Ab Rauf berkata, semua acara penuh warna-warni disusun bukan sahaja untuk meraikan delegasi asing berkampung di Melaka sempena WTD dan WTC 2025 dari 27 hingga 29 September, sebaliknya satu bentuk penghargaan buat rakyat.

“Sementara itu di Pusat Dadangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer keroh pula berlangsung Pameran Pelancongan Dunia menawarkan pelbagai produk dan pakej percutian menarik.

“Selain itu turut diadakan sesi ‘business matching’ yang menghimpunkan penggiat industri pelancongan dan pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

476
Kongsi :
Previous post CUTI SEKOLAH: 10,000 SERBU MELAKA RIVER CRUISE
Next post LEBIH 200 PROGRAM POKET WARNAI WTD 2025 – AB RAUF