
CUTI SEKOLAH: 10,000 SERBU MELAKA RIVER CRUISE
BANDARAYA MELAKA 23 September – Melaka River Cruise kekal menjadi produk pelancongan pilihan ramai apabila menerima lebih 10,000 pengunjung yang ingin merasai pengalaman menelusuri Sungai Melaka sepanjang musim cuti sekolah lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, angka itu direkodkan bagi tempoh tujuh hari iaitu dari 13 hingga 21 September lalu.
“Jumlah pengunjung tertinggi kita rekodkan adalah di Jeti Muara Sungai Melaka kerana lokasinya yang berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancongan lain seperti Bangunan Stadthuys, muzium-muzium, Menara Taming Sari dan lain-lain.
“Atas sambutan luar biasa ini, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan Melaka River Cruise sebagai destinasi pilihan pada musim cuti sekolah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Shaharul Azuar, selain Melaka River Cruise, sambutan hebat juga turut diterima dua lagi produk PPSPM sepanjang cuti sekolah ini iaitu Eco Cruise Sungai Linggi dan Eco Cruise Tasik Chin Chin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJORITI MENINGKAT LEBIH LAPAN KALI GANDA, BAN HONG TEKAD BANGUNKAN KLEBANG
SERI NEGERI 15 November - Peningkatan majoriti lebih lapan kali ganda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan Ahli...
TUMINAH TEKAD TIDAK SIA-SIAKAN MANDAT WARGA PANTAI KUNDOR
AYER KEROH 15 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan...
TANGANI BANJIR JADI MISI PERTAMA NADARAJAH DI GADEK
SERI NEGERI 15 November - Masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
MANDAT BESAR PENGUNDI AYER MOLEK BUAT MOHD RIDHWAN
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan dengan majoriti lebih 13,000 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi amanah besar...
SUBUH HINGGA TENGAH MALAM, TOK AZMAN TERUS BERKHIDMAT
SERI NEGERI 15 November – Jadual kerja dari awal pagi hingga tengah malam kekal menjadi komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri...
‘POGHUT AYER LIMAU’ BAKAL BERKEMBANG, ANAK MUDA DAN PENDIDIKAN JADI FOKUS HAMEED
SERI NEGERI 15 November - Gagasan Poghut Ayer Limau bakal diperkasakan menerusi penambahan komponen baharu bagi memastikan lebih banyak komuniti...
