Sorting by

×

SAMBUTAN WTD, WTC 2025 BUKA TIRAI

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KLEBANG 26 September – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 membuka tirai dengan majlis makan malam bagi meraikan ketibaan 159 delegasi asing yang berlangsung di Encore Melaka, di sini.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Persembahan zapin dijayakan 1,000 penari termasuk dari Tanjung Pinang, Bengkalis dan Dumai Indonesia mencuri tumpuan tetamu.

Sementara itu persembahan bicara berirama (choral speaking) yang penuh bertenaga daripada pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) turut memukau tetamu yang hadir.

Terdahulu, Ab Rauf bersama King Sing meluangkan masa beramah mesra bersama menteri dan wakil delegasi asing yang hadir pada Majlis itu.

Ketua Menteri bersama tetamu dan delegasi yang hadir kemudian menonton persembahan kebudayaan di Teater Encore.

Encore Melaka turut menjadi venue bagi penganjuran Pesta Konda Kondi Negeri Melaka 2025 bermula esok yang setakat ini melibatkan 600 peserta mewakili 150 pasukan  termasuk dari Lembah Klang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1420
Kongsi :
Previous post WTD 2025: TIADA JALAN DITUTUP, ORANG RAMAI DINASIHATI RANCANG PERJALANAN