
WRUR KLEBANG SANTUNI LIMA ASNAF MUALAF
KLEBANG 7 Oktober – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membuktikan impaknya kepada keseluruhan masyarakat, termasuk golongan asnaf mualaf.
Ia selepas program selama dua minggu itu turut menyelitkan inisiatif turun padang menyantuni asnaf mualaf di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai lima keluarga asnaf mualaf telah diziarahi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong, baru-baru ini.
Selain bertanya khabar, sesi ziarah itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada keluarga berkenaan.
“Keluarga asnaf mualaf yang diziarahi adalah mereka yang menetap di Taman Rambai Emas, Taman Rambai Jaya, Taman Seri Rambai dan Taman Pulau Gadong.
“Kesemua mereka merupakan penerima bantuan MAIM dan segala aspek kebajikan termasuk pendidikan anak-anak mereka telah dipantau perkembangannya,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, ziarah kasih itu turut disertai Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir Wahab; Persatuan Gabungan Dakwah Melaka (GDM) serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:


Berita Lain
MELAKA TINGKATKAN USAHA KESAN KANSER LEBIH AWAL
BANDARAYA MELAKA 29 November- Sebanyak 4,325 kes baharu kanser direkodkan di Melaka sepanjang tempoh 2022 hingga 2024, sekali gus mendorong...
UNIMEL SASAR PENARAFAN SETARA LIMA BINTANG
AYER KEROH 29 November - Sasaran mencapai lima bintang dalam penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) menjadi tumpuan Universiti...
NEGARA MENUA: MELAKA PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA MUDA
GADEK 29 November - Sokongan kepada keluarga muda termasuk dari aspek penjagaan anak, pendidikan awal kanak-kanak dan kestabilan ekonomi perlu...
PEMATUHAN UNDANG-UNDANG, PELESENAN ASAS SETIAP OPERASI PERNIAGAAN – AB RAUF
PAYA RUMPUT 29 November - Operasi semua bentuk perniagaan perlu dilaksanakan mengikut undang-undang dan perlesenan sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa...
NAIK TARAF PADANG, GELANGGANG SUKAN JADI FOKUS NADARAJAH
SERI NEGERI 29 November - Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap usaha menaik taraf kemudahan sukan di peringkat akar umbi, termasuk...
BUKAN SEKADAR DENGAR ADUAN, ABDUL HAKIM TURUN PADANG CARI PENYELESAIAN
LENDU 29 November – Usaha memastikan persekitaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu sentiasa bersih, ceria dan selamat terus diberi perhatian...
