Sorting by

×

MELAKA ANTARA EMPAT NEGERI TERIMA SIJIL KETUA AUDIT NEGARA PENDAPAT TANPA TEGURAN

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 7 Oktober – Melaka membuktikan reputasinya sebagai negeri dengan tadbir urus dan pengurusan kewangan yang cekap apabila menerima Sijil Ketua Audit Negara Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion).

Pengiktirafan itu diberikan menerusi Penyata Kewangan kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.

Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri telah diaudit dan empat daripadanya menerima sijil jenis Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) iaitu Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu.

Menurut beliau, sembilan negeri lain iaitu Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Perlis dan Selangor pula menerima sijil jenis Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) dengan Perenggan Hal-Hal Lain (Other Matters).

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 telah dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam, selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

LKAN itu terdiri daripada 14 naskhah merangkumi satu naskhah LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan, selain 13 naskhah lagi mengenai Penyata Kewangan Kerajaan dan Agensi Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

838
Kongsi :
Previous post MELAKA PERLUAS HEBAHAN SKIM KAWALAN PETROL BERSUBSIDI
Next post WRUR KLEBANG SANTUNI LIMA ASNAF MUALAF