Sorting by

×

LELAKI MAUT MOTOSIKAL HILANG KAWALAN DI ‘PERSIMPANGAN Y’

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Oktober – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh papan tanda di Jalan Hang Tuah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Mohd Amirul Mukmin Mohd Rashid, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sendiri sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Hang Tuah menghala ke Jalan Panglima Awang.

Katanya, ketika di lokasi kejadian iaitu di persimpangan Y, motosikal jenis Yamaha NVX ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar batu sebelum merempuh papan tanda di persimpangan tersebut menyebabkannya tercampak ke tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah mendapat kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

Christopher berkata, siasatan lanjut mengenai punca kemalangan masih diteruskan dan pihaknya masih mengesan saksi bebas serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka (dashcam) bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1116
Kongsi :
Previous post PELAKSANAAN FASA PERTAMA KORIDOR UTILITI MELAKA BERJALAN LANCAR
Next post POLIS MELAKA TIDAK LAGI BERLEMBUT KE ATAS PELAJAR SEKOLAH