Sorting by

×

LEBIH 200 PROGRAM SEMARAK WRUR DURIAN TUNGGAL

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Oktober – Lebih 200 pengisian program disusun sepanjang dua minggu pelaksanaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang akan bermula pada 26 Oktober hingga 6 November depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, persiapan bagi program WRUR sudah dibuat pihaknya sejak Ogos lalu termasuk beberapa siri mesyuarat bersama pihak agensi dan jabatan yang terlibat.

“Bagi WRUR DUN Durian Tunggal kita aturkan 228 program untuk dilaksanakan sepanjang dua minggu dengan membabitkan masyarakat setempat.

“Untuk WRUR DUN Durian Tunggal ini ia akan membabitkan 10 kampung dan satu taman ini supaya perhatian menyeluruh dapat diberikan kepada sesuatu kawasan oleh Exco yang berkaitan.

“Apabila bergerak dari satu kampung ke satu kampung bagi saya ia lebih fokus dan memudahkan pergerakan malah pendekatan ini lebih dekat dengan rakyat,” katanya.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata demikian ketika ditemui selepas bersiaran di Bicara Santai WRUR DUN Durian Tunggal di Konti Melaka FM, hari ini.

Menurutnya, perasmian pembukaan WRUR DUN Durian Tunggal akan diadakan di tapak bendang Kampung Beringin pada Ahad (26 Oktober) dan turut akan berlangsung Pesta D’Sawah.

“Manakala perasmian penutup WRUR DUN Durian Tunggal pula akan diadakan kenduri sekampung bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.

“Sebelum itu pada 2 November akan berlangsung Hari Aduan Rakyat bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga di SMK Durian Tunggal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

578
Kongsi :
Previous post PUSAT KECEMERLANGAN PENERBANGAN MELAKA BAWA NILAI PELABURAN LEBIH RM300 JUTA
Next post FSSSM: PASAR SALOMA JADI TARIKAN, IMBAU NOSTALGIA 60-AN