Sorting by

×

RANGKUL ANUGERAH NEGERI, KEBANGSAAN CERMINAN KECEKAPAN MPAG

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

ALOR GAJAH 25 Oktober – Pengiktirafan peringkat negeri dan kebangsaan diterima Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) membuktikan kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pengiktirafan itu membuktikan bahawa MPAG bukan sahaja berfungsi sebagai pentadbir tempatan, tetapi juga sebagai pemimpin perubahan yang mengangkat nilai inovasi, ketelusan dan kecekapan dalam setiap urusan.

Rais juga menyatakan perasaan bangga dengan tindakan berterusan MPAG yang sentiasa berusaha memperkukuh amalan tadbir urus baik serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui anugerah yang diterima, tetapi kualiti sikap dan nilai kerja warga organisasinya. Dalam dunia perkhidmatan awam, integriti, amanah dan disiplin adalah tiang seri kepada keberkesanan penyampaian.

“Setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam mencorak imej MPAG di mata rakyat. Maka, saya menyeru agar setiap warga kerja MPAG terus berkhidmat dengan semangat tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Bekerja bukan kerana ingin dipuji, tetapi kerana ingin memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pentadbiran MPAG Bagi Bulan Oktober 2025 Dan Majlis Pelancaran Fast Lane Alor Gajah (FLAG) di Dewan Bougainvilla, MPAG, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Yang Dipertua MPAG, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim; Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat; Ketua Whip Ahli Majlis MPAG, Ghaffar Ngah, ketua-ketua jabatan serta kakitangan MPAG.

Antara pengiktirafan diterima MPAG adalah dinobat tempat pertama dalam Kempen Kempen Cegah Wabak Denggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2025 dan ‘Sapphire Award’ (tempat kedua) bagi Kategori ‘Community and Neighbourhood Park’ melalui projek Transformasi Alam Kepada Komuniti Sejahtera di Taman Rekreasi Awam Durian Daun, Masjid Tanah.

Selain itu MPAG merangkul ‘Special Mention’ bagi Kategori ‘Urban Farming’ melalui kerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Seri Bayu 2 dan 3.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

486
Kongsi :
Previous post FSSSM 2025 TONJOL KEINDAHAN SENI, WARISAN DAN SUNGAI MELAKA
Next post 80,000 SEMARAK PERPADUAN, KEAMANAN SEDUNIA MENERUSI ‘FUN WALK’