Sorting by

×

BIJAK SPM 2025 LONJAK KECEMERLANGAN PELAJAR MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 25 Oktober – Seramai 11,371 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Melaka mendapat manfaat menerusi pelaksanaan Program Bijak SPM 2025.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, program itu mendapat sokongan Kerajaan Negeri yang meluluskan peruntukan sebanyak RM940,000 bagi 75 sekolah yang terlibat tahun ini.

“Sumbangan ini sebagai galakan dan denyut nadi Kerajaan Negeri dalam kebersamaan membantu anak-anak menuntut ilmu, terima kasih Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka Bijak SPM 2025 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, Lendu, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Abdul Aziz Baba.

Rahmad yakin program ini dapat meningkatkan kefahaman, teknik menjawab serta semangat calon SPM untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

“Ia sekali gus menyumbang kepada hasrat menjadikan Melaka negeri lestari dan maju melalui kekuatan pendidikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

495
Kongsi :
Previous post MELAKA PECAH REKOD ONDE-ONDE TERBANYAK, USAHA POPULARKAN KUIH TRADISI
Next post PELANCONGAN MELAKA ‘TAK RILEKS’ HINGGA HUJUNG TAHUN