Sorting by

×

PEGUAM SYARIE MELAKA MENINGKAT, 55 LAGI DITAULIAHKAN TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 1 Disember – Seramai 55 Peguam Syarie dan lapan penerima tauliah khas menerima Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2025, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pentauliahan terbaharu itu menambah jumlah peguam syarie di Melaka kepada 593 orang setakat November 2025.

“Data terkini menunjukkan peningkatan ketara jika dibandingkan 2024 dengan 538 Peguam Syarie di Melaka yang direkodkan. Peningkatan ini menggambarkan perkembangan yang amat memberangsangkan dalam ekosistem perundangan syariah Melaka.

“Angka ini jelas membuktikan bahawa profesion guaman syarie semakin diyakinu dan terusrelevan, malah terus menjadi tonggak penting dalam memastikan keadilan syariah ditegakkan secara profesional, berintegriti dan berkesan,” katanya ketika ucapan Perasmian Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2025 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil

Turut hadir, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Mohd Amran Mat Zai dan Ketua Hakim Syarie Melaka Azzeman Omar serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Peguam Syarie amat diperlukan untuk menangani cabaran-cabaran landskap sosial melibatkan pelbagai isu berkaitan tidak bermoral dan bertentangan hukum syarak.

“Saya yakin pertambahan Peguam Syarie di Melaka ini dapat membantu menangani isu yang memerlukan penelitian serta tindakan undang-undang di bawah kerangka undang-undang syariah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post PELABURAN UNIMEL DALAM BIDANG SAINS KESIHATAN LAHIRKAN JURURAWAT BERKUALITI, KOMPETEN
Next post AGENSI AGAMA MELAKA SEDIA KEKANG KEGIATAN TIDAK BERMORAL