PRN MELAKA: ‘BN-PAS SUDAH BERNIKAH, BERKADI’ – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

LENDU 29 Oktober – “Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi, kalau bercerai pun nanti ada talak,” demikian kiasan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagi menggambarkan kesepakatan kerjasama politik di Melaka.

Ab Rauf berkata demikian ketika menjawab spekulasi berhubung kemungkinan berlaku pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Katanya, pertembungan itu tidak mungkin berlaku kerana hubungan kerjasama yang terjalin berasaskan kesepakatan dan silaturahim yang baik.

“Ia tidak mungkin berlaku kerana telah berada dalam satu kesepakatan silaturahim yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2026 Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Calon BN DUN Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Halyjah Muhamad.

Mengulas kemungkinan situasi sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan berlaku di Melaka, Ab Rauf berkata, keadaan politik di negeri ini berbeza.

“Saya rasa tidak mungkin bertembung kerana di Melaka ni tidak sama dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Terdahulu, Ab Rauf berkata, mesyuarat peringkat tertinggi yang diadakan semalam (Rabu) memutuskan PAS sebagai rakan strategik, selain kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gerak kerja bersama dan berkongsi manifesto yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: 5 TAHUN BERKHIDMAT PENUH IKHLAS, TOK HAMEED SERAH RAKYAT MENILAI
Next post LA21: MPJ CEMERLANG, PERKUKUH AGENDA KOMUNITI MAMPAN