LA21: MPJ CEMERLANG, PERKUKUH AGENDA KOMUNITI MAMPAN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JASIN 29 Oktober – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memperkukuh pembangunan komuniti mampan membuahkan hasil apabila menerima Pengiktirafan Cemerlang Pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA21) menerusi Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Tahun 2026.

Yang Dipertua MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, pengiktirafan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu mencerminkan usaha berterusan pihak berkuasa tempatan berkenaan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menggalakkan penyertaan aktif komuniti dalam pembangunan setempat.

Menurutnya, kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat menjadi faktor penting bagi memastikan agenda kemampanan bandar dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

“Kerjasama strategik antara PBT, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti merupakan elemen penting bagi memastikan agenda kemampanan bandar dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi menjadi dorongan kepada MPJ untuk terus memperkasa penglibatan komuniti, memupuk budaya tanggungjawab bersama serta melaksanakan inisiatif pembangunan yang memberi impak positif kepada kesejahteraan penduduk,” katanya.

Beliau berkata, MPJ akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif pembangunan komuniti yang inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, selesa, sejahtera dan berkualiti untuk semua.

Katanya, kejayaan itu turut mencerminkan hasil kerjasama dan sokongan pelbagai pihak yang bersama-sama menjayakan agenda pembangunan komuniti di kawasan pentadbiran MPJ.

Tambah beliau, MPJ akan terus memberi penekanan kepada penglibatan masyarakat dalam usaha memastikan pembangunan setempat dilaksanakan secara mampan, sekali gus menyokong kesejahteraan penduduk untuk jangka panjang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ‘BN-PAS SUDAH BERNIKAH, BERKADI’ – AB RAUF
Next post TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA