Sorting by

×

LEBIH 300 ‘BIKERS’ MERIAHKAN ULANG TAHUN KE-11 MALACCA LADY BIKERZ

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 2 Disember – Sambutan ulang tahun ke-11 Malacca Lady Bikerz (MLB) diraikan dalam suasana meriah apabila dihadiri lebih 300 ‘bikers’ tempatan dan Singapura pada 22 November lalu.

Sambutan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Khalil.

Presiden Malacca Lady Bikerz (MLB), Datin Maszila Mohd menyifatkan sambutan itu sebagai detik bersejarah buat MLB kerana berjaya mengharungi pelbagai dugaan sepanjang lebih sedekad ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MLB serta rakan-rakan bikers yang lain termasuk dari Singapura kerana tidak putus bersama-sama dengan kami.

“Ini merupakan detik yang bersejarah buat MLB kerana menyambut ulang tahunnya yang ke-11, pelbagai cabaran telah kami tempuh dan alhamdulillah MLB terus cekal menempuh pelbagai cabaran serta dugaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-11 MLB yang diadakan di sebuah hotel.

Whatsapp image 2025 12 01 at 19.07.47
PENAUNG MLB, Datuk Mohd Fauzi Eyan ketika menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Zahari sambil disaksikan Maszila (kiri) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-11 MLB yang diadakan di sebuah hotel di Ayer Keroh.

Bertemakan ‘Ghost Rider & Ghost’, majlis tersebut turut disajikan dengan acara cabutan bertuah serta penyerahan anugerah penghargaan kepada bikers dan ‘marshall’.

Ditubuhkan pada tahun 2014, kelab tersebut disertai oleh ahli wanita dari Melaka serta seluruh Malaysia, selain turut disertai ‘bikers’ dari Singapura.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

374
Kongsi :
Previous post 1,000 BERLARI PROMOSI KELESTARIAN ALAM
Next post ECO CRUISE TASIK CHINCHIN SEMAKIN MENARIK