Sorting by

×

CMIEA 2025 : MICTH MENANG ‘MOST PROMISING EXCELLENCE AWARD’

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 3 Disember – Prestasi kewangan yang cemerlang selain pembangunan produk serta komitmen terhadap inovasi teknologi negeri melayakkan Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) menerima ‘Most Promising Excellence Award’ pada pada Chief Minister’s Industrial Excellence Award (CMIEA) 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MICTH Dr. Nazdiana Ab Wahab berkata pihaknya menutup tahun 2025 dengan prestasi kewangan lebih baik berbanding 2024 selain berjaya menyiapkan lebih 30 menara telekomunikasi baharu seluruh Melaka.

Katanya, untuk terus kekal berdaya saing MICTH juga bakal melancarkan platform ‘AI Smart Tourism’ penghujung tahun ini, dengan versi beta kini sudah boleh diakses menerusi www.visitmelaka.ai.

“Terima kasih kepada CMIEA, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Perbadanan Melaka (MCORP) dan Invest Melaka Berhad kerana memberi peluang kepada MICTH menyertai pencalonan ini.

“Kemenangan ini hasil dorongan dan komitmen keseluruhan pasukan MICTH termasuk semangat kerja berpasukan yang meningkatkan prestasi syarikat,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan perancangan MICTH menyasarkan untuk menyiapkan lebih 35 lagi menara telekomunikasi seluruh negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

252
Kongsi :
Previous post PROTON S70 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0
Next post RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0 PASTI LEBIH MERIAH