Sorting by

×

SISTEM RADAR MBMB BANTU PANTAU KEPATUHAN HAD LAJU

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 4 Disember – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melaksanakan inisiatif baharu melalui pemasangan ‘Sistem Radar Traffic Speed Sign’ bagi meningkatkan keselamatan serta menjadikan pengurusan trafik di kawasan bandar lebih cekap.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, setakat ini sistem itu dipasang di Jalan Bukit Serindit iaitu salah satu laluan utama berisiko tinggi daripada aspek segi kesesakan serta ketidakpatuhan had laju.

Menurutnya, sistem berkenaan berfungsi mengesan kelajuan kenderaan secara automatik, memaparkan kelajuan semasa di skrin LED, memberi amaran visual kepada pemandu melebihi had laju serta meningkatkan kesedaran tanpa memerlukan kehadiran penguat kuasa secara fizikal.

“Antara ciri utama peranti radar itu termasuk sensor had laju bagi mengukur kelajuan kenderaan, kamera ANPR (Automatic Number Plate Recognition) untuk mengenal pasti nombor pendaftaran secara automatik dan merakam kenderaan yang melebihi had laju.

“Skrin LED juga memaparkan imej kenderaan dan nombor pendaftaran melanggar had laju serta keupayaan merekod serta menghantar data kelajuan kenderaan ke pusat kawalan,” katanya.

Shadan berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen MBMB dalam mempertingkat kualiti hidup warga bandar raya.

“Kita mahu penduduk menerima manfaat melalui pembangunan infrastruktur pintar, keselamatan lebih baik serta pengurusan trafik yang lebih efisien,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

355
Kongsi :
Previous post JKM LAKSANA PROSES PEMUTIHAN, PASTIKAN BANTUAN SAMPAI KEPADA YANG BENAR-BENAR LAYAK – EXCO
Next post STATUS OKU INSPIRASI MOHD NORAFI BERGELAR USAHAWAN BERJAYA