Sorting by

×

BALAI ISLAM KAMPUNG PULAU BERI MANFAAT LEBIH 5,000 PENDUDUK

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 3 Disember – Penduduk Kampung Pulau, Masjid Tanah bakal menerima sebuah Wakaf Balai Islam yang bakal memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk sekitar kampung berkenaan.

Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, projek berkenaan merangkumi pembinaan masjid baharu, sekolah agama, dewan tertutup, pusat aktiviti masyarakat dan kemudahan infrastruktur lain.

Katanya, selepas projek tersebut siap, ia akan membuka lembaran baharu pembangunan komuniti umat Islam di kawasan terbabit.

“Kutipan wakaf bagi pembinaan Balai Islam Kampung Pulau ketika ini giat dilaksanakan dengan kutipan semasa mencecah sekitar RM500,000.

“Pembinaan Balai Islam Kampung Pulau ini dijangka memberi manfaat kepada antara 2,000 hingga 5,000 penduduk dalam radius lima kilometer (km) termasuk kampung berhampiran seperti Kampung Lubok Redan, Pekan Durian Daun dan lain-lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas bersiaran di Podcast Mana Lagi, Melaka Ler di Studio Melaka TV.

Mengulas lanjut, Mohd Hairulamin berkata, projek itu adalah entiti berasingan dengan Projek Wakaf Kompleks Pulau Besar dan masing-masing mempunyai peranan serta sasaran penerima manfaat berbeza.

“Projek di Kampung Pulau ini dirangka berdasarkan konsep masjid sebagai pusat pembangunan komuniti sebagaimana fungsi institusi masjid dalam sejarah Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0 PASTI LEBIH MERIAH