Sorting by

×

KONVENSYEN PENDIDIKAN MELAKA BERI PELUANG PELAJAR BERSUARA

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Pelajar tingkatan enam memuji penganjuran Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka yang disifatkan sebagai platform ilmiah dalam memberi peluang kepada mereka untuk bersuara.

Zamir Iman Helmi, 18, dari Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Tun Fatimah Melaka berkata, konvensyen itu memberi ilmu kepimpinan dan cara berinteraksi dengan pemimpin negeri.

“Saya menyertai bengkel kluster peranan ibu bapa dan komuniti yang menekankan pengawasan anak-anak serta penggunaan platform digital.

“Menerusi bengkel ini saya dapat menyuarakan pendapat bagaimana pendedahan platform digital yang mempengaruhi anak-anak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Jinny Li Sue Yi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, menekankan kepentingan nilai murni seperti kejujuran dan disiplin yang perlu melibatkan sekolah, ibu bapa, komuniti dan pelajar.

“Menerusi bengkel pembangunan akhlak dan kerohanian, kami dapat menyuarakan perasaan kepada guru kaunseling, jadi saya harap program sebegini diteruskan pada tahun depan,” katanya.

Terdahulu Zamir Iman dan Jinny Li menyertai Konvensyen Khas Kerajaan Negeri bersama PIBG Sekolah, Komuniti dan Rakan Strategik Pendidikan Negeri Melaka Tahun 2025 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Konvensyen itu bertujuan memperkasa kepimpinan, pembangunan akhlak serta penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam memperkasa sektor pendidikan di negeri dan negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post RXZ MEMBERS BAWA LIMPAHAN EKONOMI KETARA UNTUK PELANCONGAN MELAKA
Next post PPSPM CEMERLANG SEBAGAI AGENSI PELANCONGAN MELAKA BERDAYA SAING