Sorting by

×

HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF 

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 disifatkan sebagai tidak adil dan mengelirukan rakyat .

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kenyataan sedemikian boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memajukan sektor pelancongan Melaka.

Abdul Razak yang memandangkan serius kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihak berkenaan seharusnya bersikap lebih bertanggungjawab dengan mengemukakan cadangan konstruktif.

“Adalah tidak adil untuk menghukum keseluruhan penganjuran acara berskala besar ini hanya berdasarkan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab.

“Sedangkan acara ini telah memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri Melaka dalam dan luar bandar.

“Hakikatnya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah program ini telah memberi manfaat ekonomi yang besar kepada peniaga-peniaga kecil, industri perhotelan dan pengusaha inap desa dalam Melaka,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.

Beliau turut menegaskan, bahawa sepanjang berlangsungnya RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 tiada sebarang kelulusan diberikan untuk aktiviti haram, perlakuan berbahaya atau gangguan ketenteraman awam.

“Oleh itu saya ingin berpesan kepada pihak terbabit bahawa mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan penganjuran rasmi acara ini adalah tidak tepat selain mengelirukan rakyat.

“Sejak awal penganjuran kerjasama rapat telah dibuat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Malah tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang adalah dibawah bidang kuasa pihak berkuasa malah Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya langkah itu,” katanya.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan terus menyokong penganjuran acara komuniti yang membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada rakyat Melaka namun tidak akan pernah sekali berkompromi terhadap keselamatan serta pematuhan undang-undang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

602
Kongsi :
Previous post PPSPM CEMERLANG SEBAGAI AGENSI PELANCONGAN MELAKA BERDAYA SAING
Next post KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG