Sorting by

×

‘HEBAT’ SEMAKIN DITERIMA, BUKTI KERAJAAN MELAKA SAYANG RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 4 Februari – Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) terbukti menjadi platform berkesan untuk memudahkan urusan rakyat apabila sambutan yang diterima semakin meningkat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan luar biasa dalam tiga siri penganjurannya, sekali gus menunjukkan penerima rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri pada ketika ini amat baik.

“Kita menganjurkan pelbagai kaedah untuk rakyat datang kepada kerajaan dan kerajaan datang kepada rakyat.

“Semua ini berpaksikan Melaka Sayang Rakyat atau MeSRa, di mana rakyat yang disayangi ini bukan sekadar untuk kita berikan perhatian dalam bentuk fizikal, tetapi juga infrastruktur dan lain-lain.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, segala keperluan atau masalah yang dizahirkan ini akan kita santuni dan selesaikan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni dan mendengar aduan rakyat pada HEBAT Siri 1/2026 di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Menurut Ab Rauf, di bawah pentadbiran beliau, Kerajaan Negeri akan terus memastikan nasib rakyat di seluruh negeri dibela dan disantuni dengan sebaik mungkin.

“Kita mahu memastikan rakyat mempunyai pelbagai platform untuk lebih dekat dengan Kerajaan Negeri supaya kita dapat menzahirkan satu kaedah terbaik dalam perjalanan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

391
Kongsi :
Previous post PUSAT DATA AI PERTAMA DIBANGUNKAN DI MELAKA DENGAN NILAI PELABURAN LEBIH RM9 BILION
Next post HEBAT: MELAKA TERBUKA TERIMA CADANGAN RAKYAT MAJUKAN PELANCONGAN