Sorting by

×

KLEBANG LOKASI FESTIVAL AIR, TONJOL IDENTITI BUDAYA, WARISAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

BANDA HILIR 17 April – Festival Air berkonsepkan budaya dan kesenian Melaka bakal diadakan di Dataran 1 Malaysia, Klebang pada 30 April hingga 3 Mei depan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penganjuran festival itu akan mengetengahkan elemen budaya dan warisan tempatan sebagai tarikan utama kepada pengunjung.

Katanya, pendekatan berasaskan identiti Melaka itu mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus memperkukuh promosi pelancongan negeri.

“Pendekatan yang dibawa pada festival ini tidak meniru konsep luar seperti di Thailand. Sebaliknya, kita mengekalkan keunikan warisan tempatan sebagai daya tarikan utama pelancong yang akan menampilkan konsep berteraskan budaya dan kesenian Melaka sendiri sebagai identiti utama.

“Festival ini objektifnya selaras dengan usaha kita mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Portfolio Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya bertemakan ‘Meriahnya Beraya! Mana Lagi Melaka Ler’ di Dataran Istana Kesultanan Melaka, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh dan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Nasrul Ahmad; Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad Nur Azan Hassan; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, penganjuran festival itu juga dilihat sebagai medan merancakkan kembali sektor pelancongan negeri selepas menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya.

“Kita masih dalam Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, jadi jentera pelancongan dan semua agensi berkaitan kembali aktif dalam usaha merancakkan kembali usaha menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

820
Kongsi :
Previous post MELAKA PERTIMBANG INSENTIF BANTU PENIAGA DI BAWAH PBT
Next post PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA KEMBALI, SASAR LEBIH 10,000 PESERTA