Sorting by

×

MELAKA PERTIMBANG INSENTIF BANTU PENIAGA DI BAWAH PBT

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

PENGKALAN BATU 17 April – Kerajaan Negeri bakal mempertimbangkan pemberian insentif termasuk diskaun kepada premis di bawah kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Ia susulan konflik Asia Barat yang menyaksikan berlaku kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos pengangkutan dan harga barangan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, perkara tersebut akan diteliti dan pendekatan terbaik akan diambil sebelum sesuatu keputusan dibuat membabitkan kesemua empat PBT di Melaka.

Jelasnya, sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada masa sesuai.

“Perkara ini sedang diteliti, Melaka masih dalam pertimbangan untuk atur langkah yang sama seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi diskaun sewa tapak peniaga di bawah kawasan pentadbirannya susulan krisis Asia Barat.

“Saya tidak mahu mendahului mana-mana pihak, namun insya-Allah Melaka sentiasa cakna dengan isu ini. Kita tunggu pengumuman daripada Ketua Menteri sendiri apabila tiba waktunya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri program Selawat dan Bacaan Yasin Perdana sempena ulang tahun ke-23 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Masjid Al-Azim, di sini, semalam.

IMG 20260417 WA0000
RAIS yang diiringi Shadan menyampaikan sumbangan kepada penerima Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah Tahun 2026 di Masjid Al Azim, Bukit Palah. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Hadir sama Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Rais menjelaskan sebarang insentif yang bakal diperkenalkan tidak akan tertumpu kepada satu pihak sahaja.

Jelasnya, manfaat itu akan melibatkan pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai sektor, agensi dan pihak berkaitan.

“Setiap insentif yang akan kita berikan bukan hanya kepada satu pihak sahaja, tetapi akan dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

400
Kongsi :
Previous post ‘MERIAHNYA BERAYA!’ SERLAH KEUNIKAN PELANCONGAN MELAKA
Next post KLEBANG LOKASI FESTIVAL AIR, TONJOL IDENTITI BUDAYA, WARISAN MELAKA