Sorting by

×

HAS2026: DIDIK MASYARAKAT HARGAI AIR

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Dataran Tanjung Bidara pada 24 dan 25 April ini amat penting dalam meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap keperluan menghargai air dan sumbernya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad berkata, HAS2026 dalah program bertaraf nasional anjuran bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Menerusi program ini kita mahu berkongsi maklumat, sekali gus meningkatkan pengetahuan orang ramai berhubung kaedah penjimatan dan konservasi air dalam kehidupan seharian.

“Meskipun Malaysia ini menerima taburan hujan tahunan agak tinggi, aliran sungai tidak putus, namun ada ketikanya bekalan air bersih masih boleh terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Wawancara Radio Melaka FM: Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Jabatan Penyiaran Melaka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Azhar, berkata masyarakat perlu faham, air mentah perlu dirawat sebelum boleh dibekalkan kepada pengguna bagi kegunaan seharian.

“Perlu faham juga bukan semua air hujan itu dikategorikan sebagai air bersih yang boleh terus digunakan. Inisiatif ini diharap dapat melahirkan generasi yang lebih peka terhadap kepentingan pemeliharaan air demi kelestarian masa depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post ‘TANGAN EMAS’ ANAK MELAKA HARUMKAN NAMA NEGARA
Next post JURURAWAT OMSMC DEKATI ORANG ASLI ASAHAN, TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN KOMUNITI