Sorting by

×

JURURAWAT OMSMC DEKATI ORANG ASLI ASAHAN, TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN KOMUNITI

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

ASAHAN 22 April – Pasukan jururawat Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu komuniti apabila terlibat menjayakan program kesedaran kesihatan di Kampung Orang Asli Asahan, 18 April lalu.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan, menggalakkan gaya hidup yang sihat serta mengeratkan hubungan antara warga hospital dan komuniti setempat melalui aktiviti pendidikan kesihatan dan interaksi bersama penduduk kampung.

Antara pengisian program termasuk sesi zumba bagi menggalakkan aktiviti fizikal; ceramah kesihatan mengenai pencegahan tibi berserta demonstrasi kebersihan tangan serta demonstrasi CPR bagi memberi pendedahan kepada teknik asas menyelamatkan nyawa.

Turut diadakan aktiviti mewarna dan demonstrasi penjagaan kesihatan mulut untuk kanak-kanak bagi memupuk amalan kebersihan sejak usia muda.

Selain itu, pasukan jururawat OMSMC turut menyampaikan sumbangan pakaian terpakai yang dikumpulkan daripada kakitangan hospital kepada penduduk kampung sebagai usaha membantu keperluan komuniti setempat.

WhatsApp Image 2026 04 21 at 12.31.45
PASUKAN jururawat OMSMC mengadakan demonstrasi CPR bagi memberi pendedahan kepada penduduk kampung mengenai teknik asas menyelamatkan nyawa.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung yang mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian ilmu kesihatan secara lebih dekat dan santai.

Menurut Pengarah Kejururawatan OMSMC Daina Ong Chew Ling, program tersebut mencerminkan komitmen pasukan jururawat dalam memperluaskan perkongsian pendidikan kesihatan kepada komuniti.

“Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat memperkasa komuniti dengan pengetahuan kesihatan praktikal, meningkatkan kesedaran pencegahan penyakit serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Kami juga berterima kasih kepada kakitangan yang menyumbang pakaian terpakai bagi membantu keluarga di kampung ini,” katanya.

Tambahnya, OMSMC akan terus komited melaksanakan pelbagai program komuniti bagi memperkukuh kesedaran kesihatan serta menyokong kesejahteraan masyarakat secara berterusan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

218
Kongsi :
Previous post HAS2026: DIDIK MASYARAKAT HARGAI AIR
Next post HAS2026: 100 ANAK MELAKA DILATIH JADI ‘DUTA AIR’