Sorting by

×

HAS2026: 100 ANAK MELAKA DILATIH JADI ‘DUTA AIR’

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – Seramai 100 pelajar sekolah menengah sekitar negeri ini akan diasuh sebagai ‘Duta Air’ menerusi pendekatan pendidikan dan hiburan (edutainment) sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Dataran Tanjung Bidara, Masjid Tanah pada 24 dan 25 April ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad berkata, pelajar berkenaan akan bertindak sebagai ejen memainkan peranan amat besar dalam meluaskan lagi medium penyaluran maklumat berhubung kepentingan pemeliharaan air kepada orang ramai.

“Mereka ini akan dilatih, diberi pendedahan, ilmu dan maklumat berkaitan secukupnya. Buat peringkat permulaan mereka akan menyertai Kem Lestari Air iaitu pendekatan secara edutaiment dianjurkan bersempena HAS2026.

“Aktiviti santai tetapi berinformasi ini membolehkan orang ramai khususnya golongan muda, memahami isu berkenaan air dengan cara lebih mudah,” katanya pada sidang media selepas Wawancara Radio Melaka FM sempena HAS2026 di Jabatan Penyiaran Melaka, di sini, hari ini.

Azhar berkata, agensi dibawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan berkampung di Tanjung Bidara bagi menjayakan kempen menyampaikan maklumat pengurusan air serta tenaga secara interaktif kepada pengunjung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post JURURAWAT OMSMC DEKATI ORANG ASLI ASAHAN, TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN KOMUNITI
Next post BANTUAN TUISYEN PERCUMA BANTU ANAK MASJID TANAH RAIH 11A+ SPM