
HAS2026: PENGUNJUNG TAK PERLU BIMBANG SOAL PARKIR
BANDARAYA MELAKA 23 April- Orang ramai bercadang untuk hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Dataran Tanjung Bidara, Masjid Tanah pada 24 dan 25 April nanti, disarankan untuk memanfaatkan kemudahan van ‘shuttle’ dan parkir awam yang disediakan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad berkata, enam buah van disediakan selepas pihak penganjur mengambil kira aspek keselesaan pengunjung dan melancarkan akses ke tapak program.
“Bagi melancarkan pergerakan pengunjung boleh meletakkan kenderaan di kawasan padang di pintu belakang Kem Terendak dan menggunakan van untuk lokasi penganjuran HAS2026.
“Kawasan parkir mencukupi amat penting bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan selain memastikan pengunjung berada dalam keadaan selesa sepanjang berada di lokasi program,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Wawancara Radio Melaka FM: Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Jabatan Penyiaran Melaka, di sini, semalam .
Azhar berkata, kawasan parkir disediakan mampu menampung sehingga 1,500 unit kenderaan awam pada satu-satu masa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
