Sorting by

×

MELAKA METERAI MOU BANGUNKAN FASILITI INDUSTRI PERTAHANAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 23 April – Melaka melakar satu lagi detik penting apabila sebuah memorandum persefahaman (MoU) dimeterai bagi pembangunan fasiliti industri pertahanan di negeri besejarah ini.

MoU itu dimeterai di antara Makine Ve Kimya Endustrisi (MKE), sebuah syarikat berkaitan industri pertahanan berpangkalan di Turkiye, dengan Perbadanan Melaka (MCORP) dan Anzeco Powertech Sdn. Bhd yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.

MKE diwakili oleh Timbalan Pengurus Besarnya Tolga Çelik; manakala MCORP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar dan Anzeco Powertech Sdn.Bhd. diwakili oleh Pengarahnya, Datuk Wira Norzaity Othman.

MoU itu diadakan bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.

Pemeteraian MoU itu turut disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan Negara Republik Turkiye Musa Heybet.

Turut bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim serta lain-lain kenamaan.

Sementara itu, Ketua Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya yakin MoU yang dimeterai itu bukan sekadar satu perjanjian rasmi, sebaliknya merupakan langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan Melaka sebagai pemain dalam landskap industri bernilai tinggi dan berorientasikan masa hadapan, khususnya dalam sektor pertahanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

344
Kongsi :
Previous post LADANG SOLAR HIBRID PERTAMA MELAKA BEROPERASI 2027
Next post KRISIS ASIA BARAT: MELAKA TUMPU MODEL TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI