Sorting by

×

PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas rumah pusaka didiaminya bersama isteri dan dua anak musnah dalam kebakaran di Kampung Balik Hutan, Lubok Redan, Masjid Tanah, di sini, musnah dalam kebakaran jam 9 malam semalam.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, bantuan itu akan diusahakan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan kos dianggarkan berjumlah RM60,000.

“Namun permohonan ini perlu melalui proses dan prosedur berkaitan, termasuk siasatan daripada LPM sendiri, laporan daripada Jabaatn Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), insya-Allah kita bantu keluarga ini untuk bangkit semula, kita cuba permudahkan semuanya.

“Selain itu kita juga menghulurkan pelbagai bantuan awal kepada keluarga ini yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran, syukur agensi berkaitan seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah tampil berjumlah keluarga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Ketua Menteri melawat kediaman Mohd Fairus bersama Pegawai Tugas Khas MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah Mohd Hafith Alias; Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Azizan Daud dan Setiausaha Japerun Tanjung Bidara Ahmad Warid Ismail.

Abdul Hakim berkata, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) juga diminta untuk membantu membersihkan tapak kebakaran selepas proses siasatan termasuk yang dijalankan JBPM selesai.

“Saya difahamkan penduduk kampung juga mengadakan derma kilat melibatkan sumbangan dalam bentuk pakaian kepada mangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

135
Kongsi :
Previous post PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN